Wajib Tahu : Hukum Ma?mum Membaca Al-Fatihah Ketika Imam Masih Membaca Surah - nayla world blog

Update

Saturday, January 7, 2017

Wajib Tahu : Hukum Ma?mum Membaca Al-Fatihah Ketika Imam Masih Membaca Surah

Pertanyaan:

Assalamualaikum Ustadz, apakah hukumnya makmum masih baca Surah Al-Fatihah di belakang imam?



Contoh situasi: ketika imam membaca surah lain sesudah surah Al-Fatihah (ketika sembahyang berjemaah) makmum pula sibuk membaca surah Al-Fatihah, ini dapat kita perhatikan ketika solat berjemaah jahriyyah (subuh, maghrib dan isya).

Jawaban:

Sunat makmum membaca al-Fatihah selepas bacaan al-Fatihah imamnya. Hal ini adalah sekiranya makmum mempunyai berat sangkaan bahawa dia sempat untuk membaca al-Fatihah sebelum imamnya rukuk. Selepas itu, barulah makmum mendengar bacaan surah imamnya pula.

Namun, sekiranya diketahui atau berat sangkaan makmum bahawa dia tidak akan sempat membaca al-Fatihah sebelum imamnya rukuk, maka ketika itu sunat bagi makmum tersebut membaca al-Fatihah beserta dengan imam tanpa perlu menunggu imamnya selesai membaca al-Fatihah (Fath al-?Allam, al-Syams al-Munirah).

Justeru, sunat bagi makmum mendengar bacaan imamnya (Mughni al-Muhtaj, I?anah al-Tolibin). Firman Allah Taala;

??????? ?????? ?????????? ????????????? ???? ???????????? ??????????? ???????????
?Dan apabila al-Quran itu dibacakan, maka dengarlah akan dia serta diamlah (dengan sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya), supaya kamu beroleh rahmat.? (Surah al-A?raf 204)

Sabda Rasulullah sollallahu alaihi wa sallam:

(??? ??? ??????? ???? ??? ??????? (??? ????
?Apabila imam bertakbir, maka hendaklah kamu bertakbir dan apabila imam membaca al-Quran, maka hendaklah kamu diam.?

Sabda Rasulullah sollallahu alaihi wa sallam dalam sebuah hadis hasan sahih:

??? ???? ???? ??? ?????? ??? ??? ???????
?Apabila kamu berada di belakangku (sebagai makmum), maka janganlah kamu membaca (al-Quran) melainkan al-Fatihah.? (al-Darqutni)

?????

Wallahu a?lam

Semoga bermanfaat, amin

No comments:

Post a Comment